Sunday, August 22, 2010

Web-blog ini mewakili suara rakyat kg. Tambatuon dan penduduk di sepanjang sungai Kadamaian yang akan terancam jika rancangan pembinaan empangan di Kampung ini diteruskan oleh kerajaan. Kami mahu suara ini sampai dan didengar kerajaan, sejajar dengan inti sebenar gagasan 1 Malaysia, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


Kami mahu kerajaan mengkaji semula diagram pembangunan mereka terhadap pembinaan empangan di kampung Tambatuon. Kalau pembangunan hanya memberi kesan yang positif kepada sebahagian rakyat tetapi memberikan impak negatif kepada alam sekitar dan menyusahkan rakyat yang lain, itu bukanlah sebuah pembangunan yang seimbang.


Kami Faham akan hasrat kerajaan, Kami tidak menolak pembangunan dan kami juga tidak mementingkan diri sendiri. Kami cuma mempertahankan hak kami sebagai Rakyat Bumiputera dan Penduduk Orang Asal. Walaupun ia memberikan kemudahan dan memberikan sumber air kepada beberapa kawasan dalam daerah Kota Belud namun ia akan akan menjejaskan keselamatan dan taraf hidup semua yang terlibat akibat kesan negatif empangan mega ini.


Lebih 200 tahun telah dilewati, Sudah 17 keturanan generasi penduduk kampung Tambatuon telah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan. Kami berupaya menjana purata pendapatan RM300,00.00 sebulan. Jika kami diusir dan dipindahkan dari kampung tanah pusaka warisan kami, kami terpaksa memulakan kehidupan dari "0".


KENAPA KAMI MEMBANTAH?

  • Menenggelamkan Kehidupan Komuditi yang sangat bergantung kepada sumber semulajadi untuk hidup.

  • Kehilangan Tanah, Adat Budaya, Sumber dan Pengetahuan Tradisional yang telah di warisi dari generasi ke generasi dan merupakan sumber kekayaan komuniti yang tidak ternilai
  • Melenyapkan Tradisi, Pengetahuan, Adat Budaya dan Identiti Orang Asal.
  • Membinasakan Kepelbagaian Biologi yang Unik, warisan sejarah dan destinasi pelancongan yang berpotensi.
  • Merampas masa depan model pembangunan mapan yang mesra alam hasil usaha komuditi
  • Generasi muda akan kehilangan sumber kehidupan, budaya dan warisan.

Kami Menuntut Hak Kami!

Kami mahu dirujuk sebagai Rakyat dalam Konsep 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"


Tidak menjalankan:
  1. EIA - Environment Impact Assessment (Penilaian Kesan Alam Sekitar)
  2. SIA - Social Impact Assessment (Penilaian Kesan Sosial)
  3. EPIC - Free Prior Inform Consent (Pemberitahuan Awal yang telus dan bebas)
Adalah Melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia.

PERJUANGAN KAMI!

Pindahkan Empangan, Bukannya Menyusahkan Kehidupan Orang Asal!
Jangan Tenggelamkan Sumber Kehidupan Orang Asal!

HAK KAMI

Antarabangsa:
  • Deklarasi Hak Hak Orang Asal Antarabangsa dan Orang Asal di Malaysia. (UNDRIP)

  • Hak Asasi Manusia Sejagat
Malaysia:
  • Perlembagaan Persekutuan
Sabah:
  • Ordinan Tanah Sabah (NCR)
lampiran video
Pembentukan AJK Bertindak Membantah Empangan

video

SUARA BANTAHAN KAMI terhadap Pembinaan Empangan Kampung Tambatuon
video

video

video

video

PENDIRIAN KITA SOLIDARITI BELIA KAMPUNG TAMBATUON
Badan Bertindak Bantahan Pembinaan Empangan Kampung Tambatuon, Kadamaian, Kota Belud Sabah.

  • Pindahkan Empangan ke tempat yang tidak menyusahkan orang asal

  • Bersatu Berjuang selagi nyawa masih ada.
UNDRIP (Artikel 27)

  • Kerajaan mesti melaksanakan proses yang boleh memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada undang-undang Orang Asal dan Hak hak kita ke atas tanah tradisi dan tanah asal kita.
UNDRIP (Artikel 32)

  • Orang Asal mempunyai Hak untuk pilihan pembangunan tanah dan sumber kita. Kerajaan perlukan Izin-MABT sebelum meluluskan projek projek yang melibatkan tanah orang asal.
Apakah itu Izin-MABT?

  • Izin-MABT bermaksud keizinan berasaskan MAKLUMAN AWAL, BEBAS dan TELUS.
Makluman Awal

  • Bermaksud Orang Asal diberitahu awal sebelum sebarang projek/undang undang/ tindakan/ polisi dirancang. Ini juga bermaksud Orang Asal memainkan peranan dalam proses perancangan tersebut di mana maklumbalas pihak Orang Asal sebelum membuat keputusan perancangan, terlibat sama.

Bebas

  • Bermaksud Orang Asal bersetuju tanpa paksa, rasuah atau ancaman
Telus

  • Bermaksud informasi yang diberi kepada Orang Asal adalah benar dan melibatkan kedua dua impak baik dan buruk.

SIAPA YANG MENDAPAT KESAN

  1. Kampung yang ditenggelami air. (Kampung Tambatuon)

  2. Komuniti/kampung yang mungkin akan dipindahkan iaitu Kampung Tambatuon, Kampung Bundu Paka, Kampung Kaung Ulu.
  3. Komuniti/Kampung yang akan mendapat kesan dalam sistem pertanian, tagal ikan dan masalah sungai kering, pencemaran dan bencana banjir yang mungkin akan menimpa penduduk kampung di sepanjang sungai Kadamaian seperti Kampung Bundu Paka, Kampung Lingkubang, Purak Ogis, Lobong Lobong, Narinang, Botung, Sogoh, Bayayat, Bahab, Taginambur, Ratau, Kaung Malaan, Rajunah, Rangalau, Bokilong, Piasau dan kampung sekitar pekan Kota Belud.

  4. Menyumbang kearah perubahan iklim dan membinasakan alam semulajadi, flora dan fauna.
ALTERNATIF / SOLUSI

  • Komuniti mencadangkan supaya pembinaan ini dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai iaitu kawasan yang tidak berpenghuni

  • Tidak perlu empangan mega kerana kawasan Kota Belud terdapat banyak sungai dan sumber air untuk jelapang padi.
Terima Kasih Kerana mengunjungi Website blog ini. Kami akan mengemas kinikan website ini dari semasa ke semasa untuk informasi kita bersama.Sila mendaftar sebagai Ahli (Followers) sebagai Simbolik SOKONGAN PADU membantah Empangan dan jangan lupa untuk meninggalkan saranan & pandangan yang positif dalam ruangan "comments" untuk meningkatkan lagi Perjuangan kita! sekian..

-AJK Bertindak
Bantahan Empangan Kg. Tambatuon